Monday 18 April 2016

Aku dan mimpi


Aku dan mimpi bagaikan sahabat baik yang tiada noktah. Menjadi teman sepanjang perjalanan. Menjadi suatu keadaan yang tidak diketahui kebenaran. Aku dan mimpi. Mimpi buruk mahupun yang indah. Akan aku simpan sebagai suatu memori. Aku dan mimpi. Masih diselubungi rasa yang kurang aku gemari. Suatu rasa yang aku sendiri tidak mampu aku jelaskan. Aku dengan mimpi-mimpi yang aku cipta sendiri atau sekadar pengubat rasa hati? Sedang aku sendiri ragu antara yang aku mimpi dengan realiti. Segalanya kabur. Mimpi atau realiti? Hari demi hari. Tiada perubahan. Tiada sebarang kemajuan. Aku. Masih disini, mecari antara reality dan mimpi. Aku disini. Berdiri mencari diri diantara mimpi dan realiti. Aku dan mimpi. Yang kebenaranya aku tolak dan aku anggap mimpi. Demi Allah bukan niatku untuk menolak segala ketentuan. Aku. Dengan duniaku. Dengan pandanganku. Cuba kaburi sendiri hakikat di depan mata. Demi tuhan, aku rindui zaman-zaman dahulu mencari cintaNya. Mencari Nur Illahi. Demi Allah kini aku dalam dilema. Mencari rasa yang hilang. Rindu yang hilang. Aku dan mimpi. Cuba membuka mata mencari realiti. Cuba menerima pahitnya hidup ini. Cuba menerima yang indah itu ada penghujungnya. Ya Allah. Tabahkan hati hambamu yang lemah ini. Ya tuhan, ini mimpi atau realiti? Sesunggunya Engkau sahaja yang Maha mengetahui. Permudahkanlah.

No comments:

Post a Comment