Wednesday 27 October 2021

Sabah here I am!

 


couldn't find my flight picture maybe a picture of black super annoyed would do xD.

Alhamdulillah and Assalamualaikum. Lama rasa menyepikan diri. Lama tak menaip. Rasa janggal. Kekok. Rasa macam baru masuk kelas Bahasa Melayu dan belajar untuk menulis karangan. Hahaha. Disebalik kisah kenapa dah lama tak menaip. Macam biasa saya lupa password. Memandangkan blog hanya dijadikan sebagai platform untuk meluah perasaaan atau dalam bahasa yang mudah diary. Jadi lebih baik siapkan kerja assignment yang bertimbun daripada menaip di sini. Maka, berbulan-bulan lah blog ini tergantung sepi. Umpama tiada tuan atau cerita yang ingin dikongsi. Ewahhh hahaha macam berpantun pula.  Tahun 2019, tuhan bagi aku peluang untuk sambung belajar di Sabah. Di Universiti Malaysia Sabah. Kampus Pertanian Lestari. Sedar tak sedar setahun sudah aku melanjutkan pelajaran di sini. Kini berada di Semester 3. Sewaktu semester 1, kami belajar secara atas talian memandangkan kes Covid-19 meningkat setiap hari. Kes kini mencecah tiga angka. Jadi sekolah dan universiti masih belum dapat melaksanakan aktiviti secara bersemuka. Agak kekok sebenarnya nak belajar atas talian. Dengan masalah line yang kadang elok kadang tidak. Duduk rumah semestinya ada tanggungjawab lain macam memasak, kemas rumah, uruskan adik-adik. Benda macam ini sebenarnya lebih mencabar daripada belajar secara bersemuka. Sudahlah belajar dulu major dalam bidang maths dan physic bila masuk UMS sambung pula dalam bidang chemist dan bio. Nak menangis rasa. Mula-mula rasa macam nak putus asa tapi lama-lama berkat tunjuk ajar kawan-kawan dengan kata-kata semangat daripada orang sekeliling alhamdulillah berjaya tamatkan semester 1 dengan pointer 3.60. Macam tak percaya dapat dekan. Masa belajar di Politeknik dulu seumur hidup nak lepas pointer 3 punya la susah. Pada 5 March 2020 kami antara pelajar berkeperluan khas yang membolehkan pelajar untuk pulang ke kampus dan menjalankan kuliah secara hybrid dimana kami perlu ke ladang dan juga menghadiri kelas secara atas talian. Jadi, kelas secara bersemuka dapat dikurangkan, memandangkan kes Covid masih belum menunjukkan sebarang penurunan. Ini pertama kali saya menaiki kapal terbang. Pertama kali juga menjejakkan kaki di bumi Sabah ini. Cantik! Sungguh langitnya juga luar biasa cantiknya. Pengalaman pertama kali menaiki kapal terbang sangat mendebarkan. Hahaha. Saya paling benci bila kapal terbang mula untuk berlepas dan apabila kapal terbang mula mendarat. Hampir luluh jantung dibuatnya. Memandangkan kes covid masih meningkat, maka kami sebagai pelajar memerlukan surat khas untuk kami terbang ke sini. Surat kebenaran rentas negeri, surat daripada pihak universiti, surat swab test, dan semestinya boarding pass! Saya sendiri tiada pengalaman menaiki kapal terbang jadi saya agak gementar. KLIA pula banyak gate begitu juga dengan tempat untuk berlepas. Maka setiap papan tanda perlu dibaca berulang-ulang kali agar tidak tersalah sama macam kalau kita naik bas daripada TBS. Sebelum berlepas macam biasa nak salam ayah dan ibu, mungkin sebab masa tu dah nak berlepas jadi tak sempat nak salam lama-lama. Kami bertolak daripada Puchong pun dah lewat masa tu. Ibu beli kan sneaker sebab nampak tangan menggeletar sangat masa tu. Ouh lupa nak bagi tahu masa beli tiket, tiket waktu tu pukul 8.30 pagi tapi AirAsia ubah jadi 3.15. Mungkin sebab tak ramai orang jadi dia ubah semula dalam email. Nasib baik perasan. Jadi waktu sampai sini, memang tak kenal siapa-siapa, sudahlah sejenis tidak cam orang. Rupa-rupanya ramai je kawan-kawan dengan senior sampaikan sebuah bas yang mengambil kami di Lapangan Terbang Sandakan. Enam bulan di negeri Sabah, pengalaman yang paling menarik yang saya lalui ialah waktu di sini awal satu jam daripada waktu di semenanjung. Tekejut bila bangun 6.30 pagi tapi terang dia macam dah pukul 8! Memandangkan tiket flight mahal dan cuti semester juga tidak lama jadi saya hanya tinggal di kampus. Merasa juga la beraya dua kali di sini. Dapat juga merasa makanan orang Sabah iaitu Burasak. Rasanya seperti gabungan lemang dan nasi impit. Hampir enam bulan di negeri orang akhirnya tamat juga pengajian untuk semester 2 dengan pointer 3.47. Hahaha sikit lagi nak dekan. Syukur Genetic tak gagal. Mungkin kena usaha lagi. InshAllah semoga semester seterusnya dapat kekalkan pointer dekan lagi. 

No comments:

Post a Comment