Saturday 6 October 2018

Banjir hujung bulan

Pitas, Sabah


Hai. Assalamualaikum? Missing me? Hahahaha macam biasa. Berangan macam ramai je yang baca entry sistur. InshaAllah still improving myself. Ada masa. Ada idea. Iols cuba mecerna isu-isu semasa ni okeh? Hahaha tapi tulah. Bila tu? Soon? Hahahaha doa la supaya seketul amyrah alina ni ada keberanian nak mengupas isu-isu semasa ni. Because why not kan? Masa tengah menaip ni sambil melayan lagu kpop. LOL yaaa. Terlayan pulak walaupun bukan jenis yang dengar sangat. Tapi. HAHAHA tu la kan. Bila orang asyik ulang-ulang je lagu alah ni, siapa je tak terikut. Haihh. Mohon sis lebih tabah lepasni. Petang hujung minggu. Alhamdulillah. Selesai menyapu rumah. Panas tapi tidak seterik hari-hari lainnya, dan kebiasaannya petang-petang dalam pukul 4 ke 5 hujan akan mula turun. Dimulai dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa kemudian disulami dengan derisan air pada bumbung zink. Nak puitis sikit la kononnya. Alih-alih diri sendiri termangu-mangu nak sambung ayat apa. Hahaha. Maaf ya. Masih banyak yang perlu diperbaikki. Harap anda masih mampu membaca dengan gembira. Umumnya kawasan Kampung Gajah ni akan banjir pada hujung bulan. Bulan 11 dan 12. Kebiasaannya banjir akan berlaku pada musim tengkujuh kawasan yang dinaiki air kebiasaannya pada bahagian-bahagian kampung kecil dalam kawasan Pasir Salak.  Termasuk kampung nenda beta sendiri. Kampong Bandar. Nak lebih detail. Entry lain nahh. Yang penting kampung aku ni memang banyak sejarah. Unik pun ya juga. Seronok kalau dapat dengar orang-orang tua dulu bercerita. Rindu zaman-zaman sebelum teknologi berkembang ni. Kampung aku memang betul-betul sebelah sungai. Gambar dalam phone. Belum transfer ke laptop. Jadi susah nak tunjuk. Cantik? Ye awak. Cantik. Ciptaan Allah ni memang cantik belaka. Manusia je yang suka rosakkan kecantikkan alam ni. Kami selalunya kalau nak ke rumah opah, akan menaiki bot di jeti Kunci Air Empat. Maaf ye. Ingatan sudah samar-samar harapannya ada secebis ingatan yang boleh dikongsi. Hujung bulan. Sinonim dengan musim cuti sekolah. Mesti la ibu bapa akan bawa anak-anak pulang ke kampung halaman. Kenapa perlu ke jeti? Ayah kata kereta tak boleh masuk. Air deras. Air sudah naik ke jalan. Kereta boleh terbabas. Lebih kurang begitu la ayatnya. Bagi budak-budak hingusan ni faham. Hahaha. Yang aku ingat, dulu-dulu hari raya jatuh pada hujung bulan. Jadi kami ke masjid/surau sambil mengangkat kain separas peha (pewittt. I'm a kid okay.Hahahaha)  Nak meranduk air bah, kata opah. Untuk pengetahuan semua. Menjadi tradisi kami sekampung selepas solat sunat hari raya dan khutbah (di kampung bandar) kami akan keliling kampung dari rumah ke rumah. (Alahh kecil je kampung sistur ni) Menjamu makanan setiap rumah. Jadi memang ada rumah-rumah opah ni yang dinaikki air. Mengenangkan tuan rumah yang sudah siap memasak. Kami gagahkan jua. Kebiasaannya kaum adam yang akan join pergi meronda ni. So, cam biaso budak-budak kecil mesti ikut juga. Aku dengan sepupu-sepupuku. Semuanya abang-abang. Masa tu abang amin pimpin aku. Sambil dia dukung adik aku yang no 4. Aku ingat lagi dia cakap. Kakak tak takut ke? Ada jaws (Cerita Jerung) dalam air ni. Habis la kakak. Pastu aku kata. Kalau macam tu baby pun dia makan la (baby refer to my adik no 4) Entah la uols. I memang suka heret si baby tu kalau ada problem. Apa orang kata. Sehati sejiwa. Haa gittuw. Hahaha. Kenapa pulak nak gigit baby. Baby abang amin dukung. Kakak la yang kena makan dengan jaws. Aku nak nangis dah. Tapi aku cakap balik. Bukan jaws dalam laut ke. Ni sungai. Hahahahahaha. Well. Kids kan. Kalau dah berakal tu. Jangan ditanya soalan pelik-pelik. Eh buaya. Buaya ada dalam sungai. Sambung abang amin. By the time kamu bersembang tu. Kami dah naik ke darat (tempat yang kering dari air) Yeayyy. Aku cakap. Tak kena dah. Dah kering (style kids bercakap). Jadi setiap kali hujung bulan. Kenangan tu kerap menjengah. Kami lalu dari rumah ke rumah. Fyi kampung ni orang dah tinggal sebab selalu naik air. Satu kampung berpindah ke Bukit Chawi hasil usaha kerajaan. Jalan pun dah bertambak. So tak nampak dah sungai. (Kawasan yang kerap banjir). Kampung kami ni pun dah terbiar. Cuma family aku je yang selalu ke kampung. Nak sambung psl musim tengkujuh yang teruk tahun 2014 tapi masa tak mengizinkan pulak uols. Hope you enjoy reading this. 



Hugs and kisses
Amyrah

No comments:

Post a Comment