Friday 14 September 2018

Perasaan aku?

Susah. Susah kalau orang tak faham situasi dan hanya salahkan satu pihak. Susah bila orang hanya nampak luaran dan terus menilai tanpa usul periksa. Kita yang rasa. Kita tahu apa yang kita lalui. Perasaan ini bukan mainan. Bukan paksaan. Bilamana orang nampak luaran yang gembira maka mereka akan anggap kita gembira? Cuba? Siapa kata aku tak mencuba. Walhal mencuba itulah salah satu cara aku mencabar diri. Tidakkah kau tahu hal yang itu? Jadi mengapa kau masih menyalahkan aku? Allah sahaja yang tahu perasaan aku yang satu ini. Serba serbi tak kena. Aku rasa janggal. Rasa yang sukar diungkap dengan kata. Bolehkah aku memaksa perasaan yang satu itu sedang aku sendiri rasa terseksa? Adil kah? Bahagia itu juga milikku. Tidakkah kau tahu? Terima kasih kerana pernah hadir. Maaf setinggi gunung seluas lautan. Namun aku tahu. Masih ada secebis harapan yang kau pinta. Maaf. Perasaan yang satu itu biarlah ia hadir dengan sendiri. Jangan menyesal dengan pertemuan. Kerana ia mengajar sesuatu. Allah tunjukkan sesuatu. Sesungguhnya doa adalah segala-galanya. Namun Allah lebih mengetahui apa yang akan berlaku. Tawakkal. Dan terima. Demi Allah. Dia yang mengatur dalam hal manusia. 

No comments:

Post a Comment