Thursday 15 March 2018

Terima Kasih Anakanda





Umpama baru semalam aku datang. Membawa diri sebagai pelajar praktikal di sini. Seperti baru semalam aku melangkah masuk bertemu mereka, dan memperkenalkan diri. Hari demi hari banyak perubahan yang berlaku. Susah senang. Menelan ilmu. Bukan sesuatu yang mudah. Terkadang terasa diri ini kerdil. Sekerdil-kerdilnya. Sungguh percaturan tuhan itu maha agung. Apa yang kita belajar tak akan sama dengan pekerjaan yang kita pinta. Malu. Malu pada mereka. Demi tuhan, masih banyak yang perlu aku kejar. Anak-anak ini terlalu polos. Senyuman mereka memberi seribu makna. Terkadang aku tersenyum sendiri. Lucu. Ada sahaja kerenah demi kerenah. Sungguh. Aku bakal merindui saat-saat ini nanti. Memujuk diri untuk senyum. Sesungguhnya setiap pertemuan memberi beribu kenangan. Jadikan kenangan yang pahit mahupun manis sebagai satu tauladan. Terima Kasih Ya Allah. Kerana pertemukan aku dengan mereka. Terima kasih. Hadirnya dirimu membawa sejuta makna. Yang tidak terungkap dengan kata-kata. Dirimu begitu berharga wahai anak muda. Berjuanglah. Sesungguhnya aku sentiasa menjagamu dengan iringan doaku. 


No comments:

Post a Comment