Monday 4 July 2016

Kuat ?



Jam 8.43. File Daegu Venus menarik perhatian. Lama aku renung. Nak tengok episode yang mana satu? Rasa tak perlu. Ambil keputusan untuk buka documents. Not in mood nak menonton. Scroll sehingga jumpa yang ingin dicari. Hari ini ada kelas math. Lecturer batalkan kelas. Setelah lebih kurang setengah jam bertapa dalam kelas E03. Aku keluarkan buku merah yang mages bagi. Conteng benda yang rasa-rasa penting. Selesai. Alhamdulilah. Cepat lupa. Ye kebiasaannya. Aku mengeluh. Kadang rasa penat dengan diri sendiri. Phone hitam aku capai. Terus menaip sesuatu. Cannot write suddenly. Symptoms of transient ischaemic attack (TIA) and minor strok? Agraphia? Something was not right sometimes. I cannot express the feeling to anybody. And describe this thing specifically. Sebab kalau difikirkan balik. Rasa macam benda biasa. Atau mungkin sebab aku dah biasa rasa? Saja sekadar menaip. Terkadang  apa yang aku fikir boleh hilang dalam jangka masa yang singkat. Aku sedar. Tapi tak mampu nak buat apa-apa. Sekadar menaip untuk rujukan sendiri. Tangan aku cepat kejang bila menulis. Rasa kejang satu tangan kanan. Jadi aku lebih selesa menaip berbanding menulis. Dulu waktu malam. Kaki senang kena cramp pada bahagian betis. Usia lebih kurang 11-12 tahun. Sekarang dah jarang kena. Tapi satu hari kena balik. Sehari je. Alhamdulillah. Aku kerap sakit kepala. Bahagian mana? Susah nak jelaskan. Orang kata sebab resdung. Lendir banyak dalam badan. Sakit yang dikenal pasti. Asthma- Punca (Keturunan), Pada usia 8 tahun doctor sahkan aku menghidap gastrik. Pernah dimasukkan ke hospital sebab dikhuatiri mengidap apendiks . Seminggu rasanya. Atau lebih? Dulu sebelum ambil inhaler. Kerap diserang asma apabila ada asap, kucing, perubahan cuaca, aktiviti lasak. Dan agak sensitive dengan habuk. Bila fikirkan balik. I struggle so hard back there. Bila balik kampung dengan asap rokok. Asap ubat nyamuk. Asap mercun (musim raya). Even kalau menangis pun boleh asthma. Lepas main lari-lari muka pucat lesi. Kurang oxygen. Nak mandi kolam, sungai, laut. Tak boleh lama-lama. Terus biru muka. When I type this and try to gain my memory. I felt my chest tighten and I feel like to cry. MashaAllah I was strong back there. How can I be so weak right now? Ibu dengan ayah banyak kali ulang alik ke hospital. Because my immediately cannot breathe. I can’t even talk. Orang kata dah nyawa-nyawa ikan. Kadang orang boleh buat lawak. Eh kenapa? Semput ke? Sambil gelak. Ya they don’t feel the pain. Aku senyum je. Nak buat apa argue pun. Bukan deme faham. But how I can manage myself to keep smiling? I miss when I am that strong. Orang kata sekarang lain. Dulu lain. Banyak yang aku nak jelaskan. Tapi aku tak mampu. Apa yang aku nak sampaikan dekat sini. Aku tak sihat dan aku bersyukur. Alhamdullilah Allah selalu ingatkan aku tentang kematian. Terima kasih J Dan aku selalu bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku tahu apa yang aku lalui. Tapi ada yang cuba untuk memahami situasi. Ada yang buat muka kesain. Hahaha yelah orang kata berat mata memandang berat lagi badan yang memikul. Kalau dapat chatting benda first yang ‘mereka’ akan cakap. “Ingat. Badan kau tu bukan sihat sangat. Jaga kesihatan tu” Takpun “elok-elok myrah jangan paksa diri sangat”. Terima Kasih. Aku hargai walaupun hanya sekadar bertanya. Allah menduga kita berbeza-beza. Aku mungkin sakit namun ada sesuatu yang aku miliki tetapi orang lain tak mampu miliki. Allah itu adil. Takkan selamanya Dia letakkan kita pada keadaan yang buruk.  Takkan selamanya kita berada dalam keadaan senang. Kadang duit banyak tapi hati resah. Kadang hidup miskin tapi hati tenang. Kadang rasa kosong dan Allah meniup rasa ingin tahu yang mendalam. Allah itu Maha adil. Namun manusia ego untuk mengaku apa yang diberi dan diterima. Nikmat sesuatu itu selamanya takkan puas disisi manusia. Ya Allah sesungguhnya terima kasih kerana menghadirkan dirinya dalam hidup aku. Terima kasih kerana meminjamkan dia seketika. Memberi rasa yang tidak pernah aku rasa. Demi Allah andai itu yang terbaik aku redha. Aku gembira . Allah lebih sayangkan aku.  Andai aku pergi dulu. Jangan lupa kirimkan pahala buatku. 

No comments:

Post a Comment