Sunday 13 May 2018

Apa makna sayang bagi anda?


Sayangkah kita pada seseorang itu? Sekiranya diri dia tidak kita hormati? Sayangkah kita pada seseorang itu sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sendiri? Benarkah tanda sayang itu harus ditabur dengan janji manis dan hadiah duniawi? Adakah ini sayang yang kau dambakan? Atau sekadar inginkan perhatian? Jangan manis pada mulut kerana yang datang tak akan mungkin kau tepati. Lihatlah dirimu. Lihatlah diriku. Demikian hal yang mana kau setuju, yang aku boleh bergantung kepadamu? Wahai kaum adam mahupun hawa. Yang sayang itu hanya manis di bibir. Kau mungkin bahagia dia di sisi. Tapi bahagiakah engkau di kemudian hari? Tepuk dada. Tanya iman. Teguhkan hati. Kerana sayang itu bukan bermakna kau hurung dia ke mana sahaja. Memberi hadiah dan harus sentiasa ada. Apa kau fikir dia bakal benar-benar bahagia?  Sekadar luahan. Kerana aku juga alpa. Kerana esok lusa hendaknya. Si dia yang aku sayangi bakal sehidup semati hanya dengan izin tuhan. Sekarang. Hanya pandangan yang kaburi segala-galanya. Kepada tuhan aku berserah. Semoga anda baik-baik hendaknya. Jangan salahkan takdir tuhan. Cuma dia yang satu berhak menentu segala-galanya. Ada hikmah di sebalik pertemuan. Semoga tuhan sentiasa permudahkan. 

-coretanhati 




No comments:

Post a Comment